Monday, 16 May 2011

Buah Fikiran

Assalamu'alaikum wbt,

Tengah busy cuci pinggan mangkuk, tetiba terpikir benda nie...

Manusia,bila mencintai seseorang, nak sangat orang tu rasa senang,rasa dihargai dan malah tak nak orang tu rasa susah.Sampai kadang-kadang, sanggup menanggung penderitaan dan tohmahan orang lain.

Contohnya,Ibu menyayangi anaknya,sampai sanggup mendermakan mata kepada anaknya yang buta.Kalau macam itulah cinta.bukankah sepatutnya kalau kita mengaku yang kita lebih cinta Allah dan Rasulnya, kita patut buat apa yang di perintahkan dan menjauhkan apa yang dilarang.Kena lebih tabah, tegar dan tetap berdiri teguh walau apa jua ujian yang melanda dan lebih dulukan Allah kerana Allah yang Maha pencipta dan Maha Mengetahui.Allah yang menentukan segalanya.Milik-Nyalah segala kerajaan langit dan bumi.kenapa takut?kenapa gentar dengan sedikit ujian:').Ikutilah contoh suri teladan kita,Rasulullah saw.Dialah sebaik-baik manusia.

"Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah."[Surah Al-Ahzab:21]

Ikutilah perjuangan para sahabat dan sahabiah, para tabi' dan tabi'in dan para alim ulama yang tetap berdiri teguh dan menetapkan hati mereka.

Simpanlah hatimu buatNya
Sandarkanlah harapanmu keranaNya
Jagalah hatimu
dan teguhkanlah Imanmu


InsyaAllah kau takkan kecewa jika memang kau ikhlas dalam beribadat dan melakukan segala yang diperintahkan-Nya.BerDoalah,berUsahalah,carilah Ikhtiar/jalan dalam lebih mendekatkan diri padaNya dan berTawakallah padaNya.Tetaplah engkau berSabar dan berSyukur.JanjiNya itu pasti.Carilah redhaNya dan kuatkanlah azammu:).

Dia menentukan rezekimu,
Dia menentukan jodohmu,
Dia menentukan segalaNya
hanya padaNya engkau berserah.


inspirasi dari alam sekitar, sekeliling dan cerpen:
http://www.iluvislam.com/karya/cerpen/988-mak-saya-sayang-mak.html
dan video:
http://www.youtube.com/watch?v=RrXGAQgz1_0&feature=player_embedded



Wallahu'alam,

A reminder for myself first and foremost.Yang sentiasa berharap tetap dalam cahaya walau di dalam keadaan gelap, yang tetap dalam petunjuk dan hidayahNya walau hidup penuh dengan onak dan duri.Seperti benda glow in the dark, tetap bersinar dalam kegelapan dan perlukan cahaya untuk recharge sinarannya.

Akal berfikir,
hati merasa,
pena mengukir,
gambaran bercerita
seperti seorang pelukis bercerita melalui gambar dan rajah,
seperti seorang chef meluahkan perasaan melalui masakan:)


Akhir kata,
Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk atas kesilapan saya sendiri.
Harap Maaf jika ada terkasar bahasa atau perbuatan.

Wassalam

Wednesday, 4 May 2011

JIHAD ANTI-PEMBAZIRAN....xmo jd kawan setan...


Bismillahirahmanirahim,

Alhamdulillahirabbilalamin........ segala puji bagi tuhan sekelian alam.

_start_

puasa menjelang.... hari pertama puasa:

penatnya sampai nk cerita rasa penat pon xlarat... apatah lagi nk masak. so singgah la bazar kota damansara sek 6. meriah dengan pelbagai juadah dari kuih karipap sampailah kuih exotic yang hanya bleh jumpa setahun sekali. laparnya......(suara upin ipin) rasa mcm nak beli semua. jalan punya jalan dalam bazar, dapatlah beli air tebu ngan soya, kuih akok, mutabak ayam, roti jala, dan satu set nasi dan lauk ayam dan sayur bayam goreng....habis RM20...huhuhu. tp xpa asalkan kenyang.
ummhhh.... xsaba nak bukak posa kat umah. Bila masuk jer waktu berbuka, sedut air tebu dan ngap mutabak ayam terus rasa kenyang.....Alamak yang lain ni bila nak makan. ouh xpa, bleh makan time sahur. Selesai jer laksanakan ibadah, terus tido lepas set alarm..... KRINNGGGG!!!!!! eh alamak terlepas sahur.....huhuhuhu.... lauk semalam camna? xmakan lg. kalau simpan... BASI!!!! xmo sakit perut....
akhirnya "DUSH" kedalam tong sampah.
_end_

duhai hati.....

membazir adalah sifat2 manusia yg sudi menjd kawan syaitan. kenapa plak? kata Allah dlm al-Quran yg bermaksud,
"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya" [al-Israa : 27]

Allah xsuka manusia yg kawan ngan syaitan. Allah warning dalam Al-Quran,
"Wahai Bani Adam, janganlah syaitan mengoda kamu sebagaimana ia mengeluarkan ibu bapa kamu dari Taman, dgn melucutkan drpd mereka pakaian mereka, utk memperlihatkan kpd mereka bhgn2 aib mereka. Sesungguhnya ia melihat kamu, ia dan sukunya, dr mana kamu tidak melihat mereka" [ar-a'raf: 27]


Syaitan sgt jahat, apabila ingkar ngan Allah, dorg ajk kita pon sama-sama ingkar so dorg ada geng kt nereka. so katakan TIDAK pada syaitan!!!!

apakah MEMBAZIR?
dalam erti kata mudah, membazir adalah berlebih2 dalam sesuatu perkara. cthnya berlebihan dalam makan, urusan, memberi, perhiasan, berbelanja dsb. Ini dinyatakan berkali2 dalam Al-Quran ttg jgn berlebih-lebihan atau jgn melampaui batas. membazir juga ada kaitan ngan kawalan kita terhadap nafsu. Sekiranya kita mampu mengawal nafsu kita dengan kekuatan tenaga IMAN, insyaAllah kita mampu mengelak pembaziran.

Sebagai cth, apabila kita membeli atau memasak makanan, guna
logik akal dalam mengira kuantiti diperlukan. sebaiknya pentingkan dahaulu kualiti sebelum kuantiti.

sekiranya kuantiti tidak cukup ==>> masak/beli/beri/urus lagi ==>> kalau da habis/xda ==>> xpa ==>> kita bersyukur atas apa yg Allah anugerahkan

duhai hati yang diuji dgn nikmat keamanan negara ini. masalah kebuluran seperti di Palestine, Afrika, Sudan tidak kelihatan di bijik mata sendiri kerna jauh beribu batu jadi hati ini xterasa. Tapi apb dilihat dgn mata hati dan gabung dgn akal, pasti kita merasa sebahagian penderitaan mereka. Lihat dan berfikirlah.... kenapa Allah suruh manusia berpuasa? TUK MERASA PENDERITAAN ORG LAIN....TAPI bila berkumandang jer azan terus lupa sbb hidangan dihadapan mata. Tamaknya la nafsu takala memilih makanan tp in the end x abis makan.

"YAHOOO!!!!!!"
BERSORAK SYAITAN SEBELAH KITA ......sbb xabis. sementara jiran dinegara lain menangis teresak2 kelaparan........sampai hati....

tu baru makanan...belum masa....huhuhu.....

references
  1. www.e-bacaan.com/kalimat_membazir.htm
keredhaan ALLAH bukan terletak hanya pada ibadah kita utk akhirat
tp keredhaan Allah
juga terletak pada akhlak kita sementara didunia